Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ثلاثُ ساعاتٍ للمَرءِ المسلمِ، ما دعا فيهن إلا استُجيبَت له، ما لم يسألْ قطيعةَ رحِمٍ أو مَأثَمًا: حين يؤذِّنُ المؤذِّنُ بالصلاة حتى يَسكُتَ، وحين يلتقي الصَّفَّانِ حتى يَحكمَ اللهُ بينَهما، وحين يَنزِلُ المطرُ حتى يَسْكُنَ.
Teks Bahasa Melayu
Ada tiga waktu bagi seseorang muslim, tidaklah dia berdoa pada waktu tersebut melainkan dimustajabkan untuknya selagi mana dia tidak meminta perkara yang memutuskan hubungan silaturrahim atau perkara (yang membuahkan) dosa; iaitu ketika tukang azan melaungkan azan untuk solat hinggalah tukang azan diam, ketika dua barisan bertemu (dalam peperangan) hinggalah Allah memutuskan keputusan antara keduanya dan ketika turunnya hujan hinggalah ia berhenti.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1456, hadis no. 7406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعاً: ((ثلاث ساعات للمرء المسلم، ما دعا فيهن إلا استجيبت له، ما لم يسأل قطيعة رحم أو مأثماً: حين يؤذن المؤذن بالصلاة حتى يسكت، وحين يلتقي الصفان حتى يحكم الله بينهما، وحين ينزل المطر حتى يسكن)). [حل، ((الضعيفة)) (3429)]
(Palsu) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ada tiga waktu bagi seseorang muslim, tidaklah dia berdoa pada waktu tersebut melainkan dimustajabkan untuknya selagi mana dia tidak meminta perkara yang memutuskan hubungan silaturrahim atau perkara (yang membuahkan) dosa; iaitu ketika tukang azan melaungkan azan untuk solat hinggalah tukang azan diam, ketika dua barisan bertemu (dalam peperangan) hinggalah Allah memutuskan keputusan antara keduanya dan ketika turunnya hujan hinggalah ia berhenti. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3429]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman