Ada suatu kelompok daripada umatku yang akan sentiasa menzahirkan agama

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين ولعدوّهم قاهرين لا يضرّهم من خالفهم إلا من أصابهم لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada suatu kelompok daripada kalangan umatku yang akan sentiasa menzahirkan agama dan bersikap keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak boleh memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesakitan yang perit. Mereka berada dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga datang ketentuan Allah. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Di manakah mereka? Baginda menjawab: “Di Bayt al-Maqdis dan sekitar Bayt al-Maqdis.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1018, hadis nombor 5239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين ولعدوّهم قاهرين لا يضرّهم من خالفهم إلا من أصابهم لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس. [حم, الضعيفة (5849)]

(Munkar jika lafaz sempurna seperti ini) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ada suatu kelompok daripada kalangan umatku yang akan sentiasa menzahirkan agama dan bersikap keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak boleh memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesakitan yang perit. Mereka berada dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga datang ketentuan Allah. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Di manakah mereka? Baginda menjawab: “Di Bayt al-Maqdis dan sekitar Bayt al-Maqdis. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau.Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.