Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تزالُ طائفةٌ من أمَّتي على الدِّينِ ظاهرينَ لعدوِّهم قاهرينَ لا يضرُّهم مَن خالفَهُم إلَّا ما أصابَهُم مِن لأواءَ حتَّى يأتيَهُم أمرُ اللَّهِ وَهُم كذلِكَ. قالوا : يا رسولَ اللَّهِ وأينَ هُم ؟ قالَ : ببيتِ المقدسِ وأَكْنافِ بيتِ المقدسِ.
Teks Bahasa Melayu
Ada suatu kelompok daripada kalangan umatku yang akan sentiasa menzahirkan agama dan bersikap keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak boleh memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesakitan yang perit. Mereka berada dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga datang ketentuan Allah. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Di manakah mereka? Baginda menjawab: “Di Bayt al-Maqdis dan sekitar Bayt al-Maqdis.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1018, hadis no. 5239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين ولعدوّهم قاهرين لا يضرّهم من خالفهم إلا من أصابهم لأواء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك. قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس. [حم, الضعيفة (5849)]
(Munkar jika lafaz sempurna seperti ini) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ada suatu kelompok daripada kalangan umatku yang akan sentiasa menzahirkan agama dan bersikap keras terhadap musuh mereka. Orang yang menyanggahi mereka tidak boleh memberi mudarat kepada mereka melainkan jika mereka ditimpa kesakitan yang perit. Mereka berada dalam keadaan yang sedemikian rupa sehingga datang ketentuan Allah. Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Di manakah mereka? Baginda menjawab: “Di Bayt al-Maqdis dan sekitar Bayt al-Maqdis. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau.Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5849]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman