Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: يُنَادِي مُنَادٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ تحت العرش: أين أصحاب مُحَمَّدٍ، فَيُؤْتَى بِأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ. فَيُقَالُ لأَبِي بَكْرٍ: قِفْ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَأَدْخِلْ مَنْ شِئْتَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ. وَأَرْدِعْ مَنْ شِئْتَ بِعِلْمِ اللَّهِ، وَيُقَالُ لِعُمَرَ: قِفْ عَلَى الْمِيزَانِ فَثَقِّلْ مَنْ شِئْتَ بِرَحْمَةِ اللَّهِ وَخَفِّفْ مَنْ شِئْتَ بِعِلْمِ اللَّهِ، وَيُكْسَى عُثْمَانُ حُلَّتَيْنِ. فَيُقَالُ لَهُ: الْبَسْهُمَا فَإِنِّي خَلَقْتُهُمَا وَأَخَّرْتُهُمَا لَكَ حِينَ أَنْشَأْتُ خَلْقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَيُعْطَى عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ عَصًا مِنْ عَوْسَجِ الشَّجَرَةِ الَّتِي غَرَسَهَا اللَّهُ بِيَدِهِ في الجنة. فيقال: ذد الناس عن الحوض.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ada satu yang suara memanggil dari arah bawah Arasy pada hari kiamat : Di manakah para sahabat Muhammad?. Lalu dihadapkan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA. Dikatakan kepada Abu Bakar : Berdirilah di pintu syurga dan masukkanlah sesiapa yang engkau mahu dengan rahmat Allah dan halang lah sesiapa yang engkau mahu dengan ilmu Allah. Dikatakan kepada Umar : berdirilah di atas timbangan dan beratkanlah timbangan orang yang engkau mahu dengan rahmat Allah dan ringankanlah timbangan orang yang engkau mahu dengan ilmu Allah. Uthman dipakaikan dengan dua pakaian. Dikatakan kepadanya: Pakailah kerana Aku telah menciptakannya dan melewatkan pemberiannya kepada kamu ketika Aku menciptakan langit dan bumi. Diberikan kepada Ali bin Abi Talib satu tongkat daripada pokok yang telah ditanam Allah dengan tangan-Nya di dalam syurga. Lalu dikatakan: Jauhkanlah manusia daripada telaga itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 384-386, hadis no. 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Syafi'i dalam al-Ghailaniyyat daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Asbagh bin al-Faraj, dan Ilyasa’ bin Muhammad. Disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at, baginya ada jalur yang disebutkan oleh pengarang al-Laali’.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman