Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في البطِّيخِ عشرُ خِصالٍ: هوَ طعامٌ، وشرابٌ، ويغسلُ المثانةَ، ويقطعُ الأبرِدةَ، وهو ريحانٌ، وأُشنانٌ، ويَغسلُ البطنَ، ويُكثرُ ماءَ الصُّلبِ، ويُكثرُ الجماعِ، وينقِّي البشرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ada sepuluh ciri-ciri pada tembikai: ia adalah makanan, ia adalah minuman, ia membersihkan pundi kencing, ia boleh menghilangkan kesejukan, ia berbau wangi, ia adalah tumbuhan ushnan (tumbuhan yang boleh membersihkan tangan dan pakaian), ia mencuci perut, ia memperbanyak air tulang belakang, memperbanyakkan jimak dan menyucikan kulit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 405, hadis no. 2174. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة». [فر، «الضعيفة» (4012)].
(Batil) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Ada sepuluh ciri-ciri pada tembikai: ia adalah makanan, ia adalah minuman, ia membersihkan pundi kencing, ia boleh menghilangkan kesejukan, ia berbau wangi, ia adalah tumbuhan ushnan (tumbuhan yang boleh membersihkan tangan dan pakaian), ia mencuci perut, ia memperbanyak air tulang belakang, memperbanyakkan jimak dan menyucikan kulit". [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4012].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman