TEKS BAHASA ARAB
كان رجل لا يزال يتناول عن وجه النبي صلى الله عليه وسلم الشيء، فكأن ذلك آذى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا تناول أحدكم عن أخيه شيئا فليره إياه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ada seorang lelaki yang sentiasa mencari sesuatu di wajah Nabi SAW dan perbuatan itu seakan-akan menyakiti Rasulullah SAW. Lalu Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu mencari sesuatu pada saudaranya, maka tunjukkanlah perkara yang dicari itu kepadanya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 140, hadis nombor 701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن شهاب قال: كان رجل لا يزال يتناول عن وجه النبي صلى الله عليه وسلم الشيء فكأن ذلك آذى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا تناول أحدُكم عن أخيه شيئاً فلْيُره إيَّاه. [أبو داود في المراسيل، الضعيفة (6982)]
(Lemah) Daripada Ibn Syihāb beliau berkata: Ada seorang lelaki yang sentiasa mencari sesuatu di wajah Nabi SAW dan perbuatan itu seakan-akan menyakiti Rasulullah SAW. Lalu Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang kamu mencari sesuatu pada saudaranya, maka tunjukkanlah perkara yang dicari itu kepadanya. [Riwayat Abū Daūd dalam al-Marāsīl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6982]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.