Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ada seorang lelaki yang membaca ayat sejadah di sisi Rasulullah SAW lalu Nabi SAW sujud

Teks Bahasa Arab

أَنَّ رَجُلًا قَرَأَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّجْدَةَ، فَسَجَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَرَأَ آخَرُعِنْدَهُ السَّجْدَةَ، فَلَمْ يَسْجُدِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ! قَرَأَ فُلَانٌ عِنْدَكَ السَّجْدَةَ فَسَجَدْتَ، وَقَرَأْتُ عِنْدَكَ السَّجْدَةَ فَلَمْ تَسْجُدْ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُنْتَ إِمَامًا، فَلَوْ سَجَدْتَ، سَجَدْتُ.

Teks Bahasa Melayu

Daripada Atha’ bin Yassar RA berkata: Ada seorang lelaki yang membaca ayat sejadah di sisi Rasulullah SAW, lalu Nabi SAW sujud. Kemudian orang lain pula membaca di sisinya ayat sejadah tetapi Nabi SAW tidak sujud. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Lelaki tadi membaca ayat sejadah kamu sujud tetapi apabila aku membacanya kamu tidak sujud? Jawab Nabi SAW: Kamu pada waktu itu menjadi imam, sekiranya kamu sujud, maka aku akan sujud.”

Sahabat Perawi

  1. Atha’ bin Yassar

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1537, hadis no. 7802. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطاء بن يسار: ان رجلا قرأ عند النبى صلى الله عليه وسلم السجدة، فسجد النبي صلى الله عليه وسلم، ثم قرأ آخر عنده السجدة، فلم يسجد النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! قرأ فلان عندك السجدة فسجدت، وقرأت عندك السجدة فلم تسجد، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((كنت إماما، فلو سجدت، سجدت)). [الشافعي في (( مسنده))، هق، ((الضعيفة)) (5606))].

(Lemah) Daripada Atha’ bin Yassar RA berkata: Ada seorang lelaki yang membaca di sisi Rasulullah SAW ayat sejadah di sisi Rasulullah SAW, lalu Nabi SAW sujud. Kemudian orang lain pula membaca di sisinya ayat sejadah tetapi Nabi SAW tidak sujud. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Lelaki tadi membaca ayat sejadah kamu sujud tetapi apabila aku membacanya kamu tidak sujud? Jawab Nabi SAW: Kamu pada waktu itu menjadi imam, sekiranya kamu sujud, maka aku akan sujud.” [Riwayat al-Syafie dalam musnadnya dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5605]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.