Ada seorang lelaki yang masuk syurga kerana lalat

TEKS BAHASA ARAB

دخل رجل الجنة في ذباب، ودخل النار رجل في ذباب. قالوا: وكيف ذلك؟ قال: مر رجلان [مسلمان] [ممن كان قبلكم] على قوم لهم صنم (وفي رواية: يعكفون على صنم لهم) لا يجوزه أحد حتى يقرّب له شيئا، فقالوا لأحدهما: قرّب [شيئا]، قال: ليس عندي شيء. فقالوا له: قرب ولو ذبابا. فقرّب ذبابا. فخلوا سبيله. قال: فدخل النار، وقالوا للآخر: قرب ولو ذبابا. قال: ما كنت لأقرّب لأحد شيئا دون الله – عز وجل -. قال: فضربوا عنقه، قال: فدخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Ada seorang lelaki yang masuk syurga kerana lalat. Ada juga seorang lelaki yang masuk neraka kerana lalat". Mereka bertanya: "Bagaimana begitu?". Beliau menjawab: "Dua orang lelaki [muslim] [daripada kalangan mereka yang sebelum kalian] berjalan melintasi satu kaum yang memilik berhala (dalam riwayat lain: yang beriktikaf kepada berhala milik mereka). Tiada seorang pun (boleh) melepasi berhala itu sehinggalah orang itu mempersembahkan sesuatu kepadanya. Maka mereka berkata kepada salah seorang daripada dua orang tadi: "Persembahkanlah (sesuatu)". Dia menjawab:"Aku tidak memiliki apa-apa". Mereka berkata kepadanya: "Persembahkanlah walaupun seekor lalat". Lalu dia pun mempersembahkan seekor lalat, maka kaum itu melepaskannya". Beliau berkata: "Maka dia masuk ke dalam api neraka. Kaum itu juga berkata kepada seorang lagi: "Persembahkanlah walaupun seekor lalat". Dia menjawab: "Aku tidak akan mempersembahkan suatu apa pun kepada sesiapa selain Allah Azzawajalla". Beliau berkata: "Lalu mereka memenggal lehernya". Beliau berkata: "Maka dia masuk ke dalam syurga".

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 521-522, hadis nombor 2766. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف) عن سلمان – رضي الله عنه -، قال: «دَخَلَ رَجُلٌ الْجَنَّةَ فِي ذُبَابٍ، وَدَخَلَ النَّارَ رَجُلٌ فِي ذُبَابٍ. قَالُوا: وَكَيْفَ ذَلِكَ؟ قَالَ: مَرَّ رَجُلَانِ [مسلمان] [ممن كان قبلكم] عَلَى قَوْمٍ لَهُمْ صَنَمٌ (وفي رواية: يعكفون على صنم لهم) لَا يَجُوزُهُ أَحَدٌ حَتَّى يُقَرِّبَ لَهُ شَيْئًا، فَقَالُوا لِأَحَدِهِمَا: قَرِّبْ [شيئا]، قَالَ: لَيْسَ عِنْدِي شَيْءٌ. فَقَالُوا لَهُ: قَرِّبْ وَلَوْ ذُبَابًا. فَقَرَّبَ ذُبَابًا. فَخَلَّوْا سَبِيلَهُ. قَالَ: فَدَخَلَ النَّارَ، وَقَالُوا لِلْآخَرِ: قَرِّبْ وَلَوْ ذُبَابًا. قَالَ: مَا كُنْتُ لِأُقَرِّبَ لِأَحَدٍ شَيْئًا دُونَ اللَّهِ – عَزَّ وَجَلَّ -. قَالَ: فَضَرَبُوا عُنُقَهُ، قَالَ: فَدَخَلَ الْجَنَّةَ». [أحمد في «الزهد»، «الضعيفة» (5829)].

(Mawquf) Daripada Salman RA, beliau berkata: "Ada seorang lelaki yang masuk syurga kerana lalat. Ada juga seorang lelaki yang masuk neraka kerana lalat". Mereka bertanya: "Bagaimana begitu?". Beliau menjawab: "Dua orang lelaki [muslim] [daripada kalangan mereka yang sebelum kalian] berjalan melintasi satu kaum yang memilik berhala (dalam riwayat lain: yang beriktikaf kepada berhala milik mereka). Tiada seorang pun (boleh) melepasi berhala itu sehinggalah orang itu mempersembahkan sesuatu kepadanya. Maka mereka berkata kepada salah seorang daripada dua orang tadi: "Persembahkanlah (sesuatu)". Dia menjawab:"Aku tidak memiliki apa-apa". Mereka berkata kepadanya: "Persembahkanlah walaupun seekor lalat". Lalu dia pun mempersembahkan seekor lalat, maka kaum itu melepaskannya". Beliau berkata: "Maka dia masuk ke dalam api neraka. Kaum itu juga berkata kepada seorang lagi: "Persembahkanlah walaupun seekor lalat". Dia menjawab: "Aku tidak akan mempersembahkan suatu apa pun kepada sesiapa selain Allah Azzawajalla". Beliau berkata: "Lalu mereka memenggal lehernya". Beliau berkata: "Maka dia masuk ke dalam syurga". [Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5829].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs