Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ رَجُلٌ يُصَلِّي، فَلَمَّا سَجَدَ، أَتَاهُ رَجُلٌ، فَوَطِئَ عَلَى رَقَبَتِهِ، فَقَالَ الَّذِي تَحْتَهُ: وَاللَّهِ! لا يُغْفَرُ لَهُ أَبَدًا! فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: تَأَلَّى عَلَيَّ عَبْدِي أَنْ لا أَغْفِرَ لِعَبْدِيَ! فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Ada seorang lelaki sedang menunaikan solat. Ketika dia sujud, datang seorang lelaki lain lalu memijak tengkuknya. Maka yang di bawah itu berkata: “Demi Allah, dia tidak akan diampunkan selama-lamanya.” Maka Allah ﷻ berfirman: “Hambaku telah bersumpah dengan nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni hambaku. Sesungguhnya Aku telah mengampuninya.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338, hadis no. 1774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر (الصلاة والسجود)) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((كَانَ رَجُلٌ يُصَلِّي، فَلَمَّا سَجَدَ، أَتَاهُ رَجُلٌ، فَوَطِئَ عَلَى رَقَبَتِهِ، فَقَالَ الَّذِي تَحْتَهُ: وَاللَّهِ! لا يُغْفَرُ لَهُ أَبَدًا! فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: تَأَلَّى عَلَيَّ عَبْدِي أَنْ لا أَغْفِرَ لِعَبْدِي! فَإِنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ)). [طب، ((الضعيفة)) (6015)].
(Munkar dengan sebutan “solat” dan “sujud”) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Ada seorang lelaki sedang menunaikan solat. Ketika dia sujud, datang seorang lelaki lain lalu memijak tengkuknya. Maka yang di bawah itu berkata: “Demi Allah, dia tidak akan diampunkan selama-lamanya.” Maka Allah ﷻ berfirman: “Hambaku telah bersumpah dengan nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni hambaku. Sesungguhnya Aku telah mengampuninya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6015].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman