Ada seorang lelaki mengintai dari lubang pintuku, sedangkan sikatku ada bersamaku

TEKS BAHASA ARAB

اطلع رجل من جحر بابي ومعي مدرى فوثبت فطعنت به في عينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada seorang lelaki mengintai dari lubang pintuku, sedangkan sikatku ada bersamaku. Lalu aku melompat dan mencucuk matanya dengan menggunakannya (sikat itu).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231-232, hadis nombor 1227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه – أن رسول اللہ ﷺ قال: «اطلع رجل من جحر بابي، ومعي مدرى؛ فوثبت فطعنت به في عينه». [عد، الضعيفة (6078)].

(Munkar) Daripada Sahl bin Sa’d RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Ada seorang lelaki mengintai dari lubang pintuku, sedangkan sikatku ada bersamaku. Lalu aku melompat dan mencucuk matanya dengan menggunakannya (sikat itu)". [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6078].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.