Ada seorang lelaki daripada kalangan umatku, dia dipanggil: Silah bin Ashyam, dia akan masuk syurga kerana syafaatnya sekian dan sekian

TEKS BAHASA ARAB

يكون في أمتي رجل – يقال له: صلة بن أشيم – يدخل الجنة بشفاعته كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada seorang lelaki daripada kalangan umatku, dia dipanggil: Silah bin Ashyam, dia akan masuk syurga kerana syafaatnya sekian dan sekian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 514, hadis nombor 2734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن یزید بن جابر، قال: بلغنا أن رسول الله ﷺ كان يقول: «يكون في أمتي رجل – يقال له: صلة بن أشيم – يدخل الجنة بشفاعته كذا وكذا». [الفسوي، ابن سعد، حل، ((الضعيفة)) (5497)].

(Lemah) Daripada Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, beliau berkata: Telah sampai kepada kami bahawa Rasulullah ﷺ pernah berkata: Ada seorang lelaki daripada kalangan umatku, dia dipanggil: Silah bin Ashyam, dia akan masuk syurga kerana syafaatnya sekian dan sekian. [Riwayat al-Fasawi dalam al-Ma’rifat wa al-Tarikh, Ibnu Sa’d dalam al-Tabaqat dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5497].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs