Ada seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Muhammad bin Idris, dia lebih berbahaya kepada umatku daripada iblis

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يكون في أمتي رجل يقال له: محمد بن إدريس، أضر على أمتي من إبليس، ويكون في أمتي رجل يقال له: أبو حنيفة، هو سراج أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ada seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Muhammad bin Idris, dia lebih berbahaya kepada umatku daripada iblis. Ada juga seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Abu Hanifah, dia adalah pelita bagi umatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 420, hadis nombor 185. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وفي إسناده: وضاعان. مأمون بن أحمد السلمي، وأحمد ابن عبد الله الجويباري، والواضع له أحدهما. وقد رواه الخطيب عن أبي هريرة واقتصر على ما ذكره في أبي حنيفة.
قال الخطيب: موضوع، وضعه محمد بن سعيد المروزي البورقي، ثم قال: هكذا حدث به في بلاد خراسان، ثم حدث به في العراق. وزاد فيه: وسيكون في أمتي رجل يقال له: محمد بن إدريس، فتنته أضر على أمتي من فتنتة إبليس. وهذا الإفك لا يحتاج إلى بيان بطلانه.

Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat dua orang pemalsu hadith. Ma’mun bin Ahmad al-Sulami dan Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari. Orang yang memalsukannya adalah salah seorang daripada mereka berdua. Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah dan ia diringkaskan setakat apa yang disebutkan mengenai Abu Hanifah.
Al-Khatib berkata: Palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Sa’id al-Marwazi al-Buraqi. Kemudian dia berkata: Beginilah yang dia riwayatkan di negeri Khurasan, kemudian dia meriwayatkannya di Iraq. Dia menambah padanya: Akan ada seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Muhammad bin Idris, bahayanya lebih teruk kepada umatku berbanding bahaya Iblis. Pendustaan ini tidak memerlukan kepada penjelasan kebatilannya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs