Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: يَكُونُ فِي أُمَّتِي رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ: مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ، أَضَرُّ عَلَى أُمَّتِي مِنْ إِبْلِيسَ، وَيَكُونُ فِي أُمَّتِي رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ: أبو حنيفة، هو سراج أمتي.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Ada seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Muhammad bin Idris, dia lebih berbahaya kepada umatku daripada iblis. Ada juga seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Abu Hanifah, dia adalah pelita bagi umatku.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 420, hadis no. 185. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat dua orang pemalsu hadith. Ma’mun bin Ahmad al-Sulami dan Ahmad bin Abdullah al-Juwaibari. Orang yang memalsukannya adalah salah seorang daripada mereka berdua. Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Abu Hurairah dan ia diringkaskan setakat apa yang disebutkan mengenai Abu Hanifah. Al-Khatib berkata: Palsu. Ia direka oleh Muhammad bin Sa'id al-Marwazi al-Buraqi. Kemudian dia berkata: Beginilah yang dia riwayatkan di negeri Khurasan, kemudian dia meriwayatkannya di Iraq. Dia menambah padanya: Akan ada seorang lelaki dalam kalangan umatku yang dipanggil: Muhammad bin Idris, bahayanya lebih teruk kepada umatku berbanding bahaya Iblis. Pendustaan ini tidak memerlukan kepada penjelasan kebatilannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman