Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان الكفل من بني إسرائيل؛ لا يتورع عن ذنب عمله، فأتته امرأة فأعطاها ستين ديناراً على أن يطأها فلما قعد منها مقعد الرجل من امرأته أرعدت وبكت ...
Teks Bahasa Melayu
Ada seorang bernama al-Kifl dari Bani Israel yang tidak pernah menjaga diri daripada dosa yang dilakukan, Seorang wanita mendatanginya lalu dia memberikan 60 dinar kepada wanita itu sebagai bayaran untuk menyetubuhinya. Apabila dia menduduki wanita itu yang sepatutnya seorang suami menduduki isterinya, lalu wanita itu gementar dan menangis...
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1688-1689, hadis no. 8515. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Sunan al-Tirmidhi, Musnad Ahmad, Musnad Abi Ya’la, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Khatib dalam al-Tarikh dan Ibn Asakir
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman