Ada seorang alim Quraisy yang memenuhi bumi dengan ilmu. Iaitu al-Syafi'i

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عالم قريش يملأ الأرض علما، يعني: الشافعي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ada seorang alim Quraisy yang memenuhi bumi dengan ilmu. Iaitu al-Syafi’i.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 420, hadis nombor 186. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع. قاله الصغاني.

Ia palsu seperti yang dikatakan oleh al-Saghani.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.