Ada satu kumpulan manusia di Damsyik yang sentiasa berperang

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال بدمشق عصابة يقاتلون على الحق حتى يأتي أمر الله وهم ظاهرون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada satu kumpulan manusia di Damsyik yang sentiasa berperang atas nama kebenaran sehingga datang ketentuan Allah dalam keadaan mereka masih jelas kelihatan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1939, hadis nombor 9723. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تَزَالُ بِدِمَشْقَ عصابةٌ يُقاتِلون على الحقِّ حتى يأتيَ أمرُ اللهِ وهم ظاهِرون.
[تخ، الطبراني في ((مسند الشامين))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6104)]

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ada satu kumpulan manusia di Damsyik yang sentiasa berperang atas nama kebenaran sehingga datang ketentuan Allah dalam keadaan mereka masih jelas kelihatan.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiin dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6104]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.