Sangat Munkar Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Ada satu kumpulan dalam kalangan umat aku yang sentiasa berperang

Teks Bahasa Arab

لا تزالُ طائفةٌ مِن أمَّتي يقاتلونَ على أبوابِ بيتِ المقدِسِ، وما حولَها وعلَى أبوابِ أنطاكيَّةَ وما حولَها، وعلى أبوابِ دمشقَ وماحولَها، وعلَى أبوابِ الطَّالقانِ وما حولَها ظاهرينَ علَى الحقِّ لا يبالون مَن خذلَهُم، ولا مَن يضرُّهُم حتَّى يخرجَ لهم اللَّهُ كَنزَه منَ الطَّالقانِ، فيُحيي بهِ دينَه كما أُميتَ من قبلُ.

Teks Bahasa Melayu

Ada satu kumpulan dalam kalangan umat aku yang sentiasa berperang mempertahankan pintu Baitul Maqdis dan sekitarnya. Mereka juga mempertahankan pintu Antakiya, Damsyik, Talikan dan sekitar tempat tersebut. Mereka berada atas kebenaran secara jelas. Mereka tidak mempedulikan orang yang meninggalkan mereka. Mereka juga tidak takut kepada orang yang ingin merosakkan mereka sehingga Allah mengeluarkan khazanahnya untuk mereka daripada Talikan. Maka Allah menghidupkan agama dengannya seperti mana ia dimatikan sebelumnya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1939, hadis no. 9725. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بهذا التمام) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَمَا حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ أَنْطاكِيَةَ وما حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ دِمَشْقَ وَمَا حَوْلَها، وَعَلَى أَبْوَابِ الطَّالَقانِ وَمَا حَوْلَها، ظَاهِرِينَ على الحقِّ، لا يُبالون مَنْ خَذَلَهُم، ولا من يَضُرُّهُمْ حتى يُخرِجَ لهم اللهُ كنْزَه من الطَّالَقانِ،فيُحْيِي به دينَه كما أميتَ من قَبْلُ. [الربعي في ((فضائل الشام ودمشق))، (6389)]

(Sangat Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Ada satu kumpulan dari kalangan umat saya yang sentiasa berperang mempertahankan pintu Baitul Maqdis dan sekitarnya. Mereka juga mempertahankan pintu Antakiya, Damsyik, Talikan dan sekitar tempat tersebut. Mereka berada di atas kebenaran secara jelas. Mereka tidak memperdulikan orang yang meninggalkan mereka. Mereka juga tidak takut kepada orang yang ingin merosakkan mereka sehingga Allah mengeluarkan khazanahnya untuk mereka daripada Talikan. Maka Allah menghidupkan agama dengannya seperti mana ia dimatikan sebelumnya. [Riwayat al-Raba'i dalam Fadail al-Syam Wa al-Damsyik. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6389]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.