Ada satu khabar gembira yang datang kepadaku dari Tuhanku

TEKS BAHASA ARAB

بشارة أتتني من عند ربي ؛ إن الله لما أراد أن يزوج عليا فاطمة ؛ أمر ملكا أن يهز شجرة طوبى، فهزها، فنثرت رقاقا – يعني : صكاكا -، وأنشأ الله ملائكة التقطوها، فإذا كانت القيامة ثارت الملائكة في الخلق، فلا يرون محبا لنا – أهل البيت – محضا ؛ إلا دفعوا إليه منها كتابا : براءة له من النار ؛ من أخي وابن عمي وابنتي، فكاك رقاب رجال ونساء من أمتي من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada satu khabar gembira yang datang kepadaku dari Tuhanku. Allah Taala ketika mahu mengahwinkan Ali dengan Fatimah, Dia menyuruh malaikat menggoncangkan pokok Tuba. Lalu malaikat menggoncangnya lalu gugurlah daun-daunnya. Lalu Allah menciptakan malaikat untuk mengutipnya. Apabila datang hari kiamat maka bertebaranlah para malaikat. Kami tidak melihat orang yang mencintai kami ahlul bait kecuali dia akan menerima satu catatan: Dia bebas dari neraka, dari saudaraku, anak saudaraku dan anak perempuanku serta pembebasan kepada lelaki dan wanita dari kalangan umatku dari neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis nombor 3443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن بلال بن حمامة -رضي الله عنه-، قال: خرج علينا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ذات يوم ضاحكا مستبشرا. فقام إليه عبد الرحمن بن عوف فقال: ما أضحكك يا رسول الله؟! قال: ((بشارة أتتني من عند ربي؛ إن الله لما أراد أن يزوج عليا فاطمة؛ أمر ملكا أن يهز شجرة طوبى، ‌فهزها، فنثرت رقاقا – يعني: صكاكا-، وأنشأ الله ملائكة التقطوها، فإذا كانت القيامة ثارت الملائكة في الخلق، فلا يرون محبا لنَا – أهل البيت – محضا؛ إلا دفعوا إليه منها كتابا: براءة له من النار؛ من أخي وابن عمي وابنتي، فكاك رقاب رجال ونساء من أمتي من النارِ)). [خط، ((الضعيفة)) (4942)]

(Palsu) Daripada Bilal bin Hamamah RA berkata: Rasulullah SAW keluar kepada kami dalam keadaan gembira dan tertawa. Lalu Abdul Rahman bin Auf bangun kepadanya dan berkata: Apa yang menyebabkan kamu tertawa wahai Rasulullah SAW? Baginda bersabda: “Ada satu khabar gembira yang datang kepadaku dari Tuhanku. Allah Taala ketika mahu mengahwinkan Ali dengan Fatimah, Dia menyuruh malaikat menggoncangkan pokok Tuba. Lalu malaikat menggoncangnya lalu gugurlah daun-daunnya. Lalu Allah menciptakan malaikat untuk mengutipnya. Apabila datang hari kiamat maka bertebaranlah para malaikat. Kami tidak melihat orang yang mencintai kami ahlul bait kecuali dia akan menerima satu catatan: Dia bebas dari neraka, dari saudaraku, anak saudaraku dan anak perempuanku serta pembebasan kepada lelaki dan wanita dari kalangan umatku dari neraka. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4942]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs