TEKS BAHASA ARAB
ذنب عظيم لا يسأل الناس الله المغفرة منه. قيل: يا رسول الله! ما هو؟ قال: حب الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ada satu dosa yang sangat besar yang manusia tidak memohon keampunan daripada Allah. Ditanyakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, apakah ia? Baginda menjawab: Cintakan dunia.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2015, hadis nombor 10117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن محمد بن عمير بن عطارد مرفوعاً: ذنب عظيم لا يسأل الناس الله المغفرة منه. قيل: يا رسول الله! ما هو؟ قال: حب الدنيا.
[فر، ((الضعيفة)) (3624)]
(Lemah)
Daripada Muhammad bin Umair bin Utarid secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ada satu dosa yang sangat besar yang manusia tidak memohon keampunan daripada Allah. Ditanyakan kepada baginda: Wahai Rasulullah, apakah ia? Baginda menjawab: Cintakan dunia.
[Riwayat al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3624]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.