TEKS BAHASA ARAB
قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ada orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian kebanyakan daripada mereka kufur. Barang siapa daripada kalangan mereka yang mati atas ucapan tersebut maka merekalah yang tetap teguh di atas jalan yang betul.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قرأ: {إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا} قال: ((قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام)). [ت، ((الضعيفة)) ]
(Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW membaca firman Allah SWT: {Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul.} [Fussilat: 30]. Baginda berkata: “Ada orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian kebanyakan daripada mereka kufur. Barang siapa daripada kalangan mereka yang mati atas ucapan tersebut maka merekalah yang tetap teguh di atas jalan yang betul.”
[Riwayat Sunan al-Tirmidhi dalam Sunannya. Lihat Sislsilah al-Da'ifah no. 4052].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.