Ada kebaikan yang berterusan sehingga hari Kiamat yang mana ianya diikat di ubun-ubun kuda

TEKS BAHASA ARAB

الخيل في نواصيها الخير معقود أبدا إلى يوم القيامة فمن ربطها عدة في سبيل الله وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة ومن ربطها رياء وسمعة وفرحا ومرحا فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada kebaikan yang berterusan sehingga hari Kiamat yang mana ianya diikat di ubun-ubun kuda. Sesiapa yang mengikatnya untuk digunakan sebagai persediaan berjihad di jalan Allah, membelanjakan untuk kuda tersebut untuk digunakan di jalan Allah, memberinya makan, memberinya minum dan menguruskan najisnya, maka ia adalah satu kejayaan ketika ditimbang pada hari Kiamat. Sesiapa yang mengikatnya dalam keadaan sombong, angkuh, bongkak, bangga diri walaupun dia memberinya

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 906, hadis nombor 4636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد رضي الله عنها: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الخيل في نواصيها الخير معقود أبدا إلى يوم القيامة فمن ربطها عدة في سبيل الله وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة ومن ربطها رياء وسمعة وفرحا ومرحا فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة. [حم, الضعيفة (6836)]

(Lemah dengan disebut lafaz ini secara sempurna) Daripada Asma’ Binti Yazid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Ada kebaikan yang berterusan sehingga hari Kiamat yang mana ianya diikat di ubun-ubun kuda. Sesiapa yang mengikatnya untuk digunakan sebagai persediaan berjihad di jalan Allah, membelanjakan untuk kuda tersebut untuk digunakan di jalan Allah, memberinya makan, memberinya minum dan menguruskan najisnya, maka ia adalah satu kejayaan ketika ditimbang pada hari Kiamat. Sesiapa yang mengikatnya dalam keadaan sombong, angkuh, bongkak, bangga diri walaupun dia memberinya. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Al-Dha’ifah no 6836].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs