Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الخَيلُ في نَواصيها الخَيرُ مَعقودٌ أبدًا إلى يَومِ القيامةِ، فمَنِ ربَطَها عُدَّةً في سبيلِ اللهِ، وأَنفَقَ عليها احتِسابًا في سبيلِ اللهِ، فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأَها وأَرواثَها وأَبوالَها فَلاحٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ. ومَن ربَطَها رياءً وسُمعةً، وفَرَحًا ومَرَحًا، فإنَّ شِبَعَها وجُوعَها ورِيَّها وظَمَأَها وأَرواثَها وأَبوالَها خُسْرانٌ في مَوازينِه يَومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Ada kebaikan yang berterusan sehingga hari Kiamat yang mana ianya diikat di ubun-ubun kuda. Sesiapa yang mengikatnya untuk digunakan sebagai persediaan berjihad di jalan Allah, membelanjakan untuk kuda tersebut untuk digunakan di jalan Allah, memberinya makan, memberinya minum dan menguruskan najisnya, maka ia adalah satu kejayaan ketika ditimbang pada hari Kiamat. Sesiapa yang mengikatnya dalam keadaan sombong, angkuh, bongkak, bangga diri walaupun dia memberinya
Sahabat Perawi
- Asma' binti Yazid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 906, hadis no. 4636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد رضي الله عنها: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الخيل في نواصيها الخير معقود أبدا إلى يوم القيامة فمن ربطها عدة في سبيل الله وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة ومن ربطها رياء وسمعة وفرحا ومرحا فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة. [حم, الضعيفة (6836)]
(Lemah dengan disebut lafaz ini secara sempurna) Daripada Asma' Binti Yazid RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Ada kebaikan yang berterusan sehingga hari Kiamat yang mana ianya diikat di ubun-ubun kuda. Sesiapa yang mengikatnya untuk digunakan sebagai persediaan berjihad di jalan Allah, membelanjakan untuk kuda tersebut untuk digunakan di jalan Allah, memberinya makan, memberinya minum dan menguruskan najisnya, maka ia adalah satu kejayaan ketika ditimbang pada hari Kiamat. Sesiapa yang mengikatnya dalam keadaan sombong, angkuh, bongkak, bangga diri walaupun dia memberinya. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Al-Dha’ifah no 6836].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman