Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ada empat perkara yang telah diwajibkan oleh Allah di dalam Islam

Teks Bahasa Arab

أربعٌ فرضهنَّ اللهُ في الإسلامِ فمن جاء بثلاثٍ لم يُغنينَ عنه شيئًا حتى يأتيَ بهنَّ جميعًا : الصلاةُ والزكاةُ وصيامُ رمضانَ وحجُّ البيتِ.

Teks Bahasa Melayu

Ada empat perkara yang telah diwajibkan oleh Allah di dalam Islam. Sesiapa yang menunaikan tiga perkara sahaja, maka ia tidak akan memberi apa-apa manfaat kepadanya sehingga dia menyempurnakan kesemuanya. Empat perkara tersebut adalah solat, zakat, puasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan haji.

Sahabat Perawi

  1. Ziyad bin Nu'aim RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 901, hadis no. 4617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زياد بن نعيم الحضرمي قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أربع فرضهن الله في الإسلام فمن جاء بثلاث لم يغنين عنه شيئا حتى يأتي بهن جميعا الصلاة والزكاة وصيام رمضان وحج البيت. [حم, الضعيفة (6998)]

(Lemah) Daripada Ziyad Bin Naim Al-Hadrami, beliau berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: Ada empat perkara yang telah diwajibkan oleh Allah di dalam Islam. Sesiapa yang menunaikan tiga perkara sahaja, maka ia tidak akan memberi apa-apa manfaat kepadanya sehingga dia menyempurnakan kesemuanya. Empat perkara tersebut adalah solat, zakat, puasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan haji. [Ahmad bin Hanbal di dalam Al-Musnad, Al-Dha’ifah, no 6998].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.