Ada empat golongan yang mana aku akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

أربعة أنا لهم شفيع يوم القيامة المكرم لذريتي والقاضي لهم حوائجهم والساعي لهم في أمورهم عند ما اضطروا إليه والمحب لهم بقبله ولسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ada empat golongan yang mana aku akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka pada hari kiamat. Orang yang memuliakan zuriatku, orang yang menunaikan hajat mereka, orang yang bersegera menyelesaikan urusan mereka ketika mereka memerlukan dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidah mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 98. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَرْبَعَةٌ أَنَا لَهُمْ شَفِيعٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُكْرِمُ لِذُرِّيَّتِي وَالْقَاضِي لَهُمْ حَوَائِجَهُمْ وَالسَّاعِي لَهُمْ فِي أُمُورِهِمْ عِنْد مَا اضطروا إِلَيْهِ والمحب لَهُم بقبله وَلسَانه» من نُسْخَة عبد الله أَحْمد عَن العلويان الْمَوْضُوعَة وَكَذَا «يَا عَلِيُّ إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ أَخَذْتُ بِحُجُزَةِ اللَّهِ وَأَخَذْتَ أَنْتَ بِحُجُزَتِي وَأَخَذَ وَلَدُكَ بِحُجُزَتِكَ وَأَخَذَتْ شِيعَةُ وَلَدِكَ بِحُجُزِهِمْ فَتَرَى أَيْن يُؤمر بِنَا».

“Ada empat golongan yang mana aku akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka pada hari kiamat. Orang yang memuliakan zuriatku, orang yang menunaikan hajat mereka, orang yang bersegera menyelesaikan urusan mereka ketika mereka memerlukan dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidah mereka.” ia diambil dari nuskah Abdullah Bin Ahmad daripada al-‘Alawiyan. Ia adalah palsu. Begitu juga dengan hadith: “Wahai Ali, jika nanti pada hari kiamat aku berlindung kepada Allah, engkau berlindung kepada aku, anak engkau berlindung kepada engkau, dan pengikut anak engkau berlindung kepada mereka maka engkau akan lihat ke mana kita diperintahkan?

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs