Palsu Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Ada empat bukit yang merupakan bukit-bukit syurga

Teks Bahasa Arab

((أَرْبَعَةُ أَجبَالٍ مِنْ أَجْبَالِ الجَنَّةِ، وَأَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ مِن أَنْهَارِ الجَنَّةِ، وَأَرْبَعَةُ مَلَاحِمَ مِنْ مَلَاحِمِ الجَنَّةِ)). قِيْلَ: مَا الجِبَالُ؟ قَالَ: ((أُحُدٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ، جَبَلٌ مِنْ جِبَالِ الجَنَّةِ، وَوَرِقَانِ جَبَلٌ مِنْ جِبَالِ الجَنَّة، وَالطُّورُ جَبَلٌ مِنْ جِبَالِ الجَنَّةِ، وَلُبْنَانُ مِنْ جِبَالِ الجَنَّةِ. وَالأَنْهَارُ الأَرْبَعَةُ: النِّيلُ، وَالفُرَاتُ، وَسَيْحَانُ، وَجَيْحَانُ، وَالمَلَاحِمُ: بَدْرٌ، وَأُحُدٌ، وَالخَنْدَقُ، وَحُنَينٌ)).

Teks Bahasa Melayu

Ada empat bukit yang merupakan bukit-bukit syurga, empat sungai dari sungai-sungai syurga dan empat perang dari perang-perang syurga. Lalu ditanya (kepada Rasulullah): "Apakah bukit-bukit itu?" Baginda menjawab: "Uhud; dia mencintai kita dan kita turut mencintainya, Wariqan, Tursina dan Lubnan (ialah) bukit dari bukit-bukit syurga. Sungai-sungai (syurga) pula (ada) empat; Nil, Furat, Saihan dan Jaihan. Dan perang-perang: Badar, Uhud, Khandaq dan Hunayn.”

Sahabat Perawi

  1. Amru bin ‘Auf RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1889, hadis no. 9510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن عمرو بن عوف، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((أربعة أَجبال من أجبال الجنة، وأربعة أنهار من أنهار الجنة، وأربعة ملاحم من ملاحم الجنة)). قيل: ما الجبال؟ قال: ((أحد يحبنا ونحبه، جبل من جبال الجنة، و(ورقان) جبل من جبال الجنة، والطور جبل من جبال الجنة، ولبنان من جبال الجنة. والأنهار الأربعة: النيل، والفرات، وسيحان، وجيحان، والملاحم: بدر، وأحد، والخندق، وحنين)). [طب، ابن شبة، ((الضعيفة)) (5490)].

(Palsu Dengan Selengkap Ini) Daripada ‘Amru bin ‘Auf RA berkata: bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Ada empat bukit yang merupakan bukit-bukit syurga, empat sungai dari sungai-sungai syurga dan empat perang dari perang-perang syurga. Lalu ditanya (kepada Rasulullah): "Apakah bukit-bukit itu?" Baginda menjawab: "Uhud; dia mencintai kita dan kita turut mencintainya, Wariqan, Tursina dan Lubnan (ialah) bukit dari bukit-bukit syurga. Sungai-sungai (syurga) pula (ada) empat; Nil, Furat, Saihan dan Jaihan. Dan perang-perang: Badar, Uhud, Khandaq dan Hunayn.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, dan Ibnu Syabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5490]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.