Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ada dalam kalangan umatku yang akan membesar dalam neraka

Teks Bahasa Arab

إن من أمتي من يَعْظُمُ للنارِ ؛ حتى يكونَ أحدَ زواياها.

Teks Bahasa Melayu

Ada dalam kalangan umatku yang akan membesar dalam neraka, sehingga dia menjadi salah satu bucunya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Qais RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 667, hadis no. 3442. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عبد الله بن قيس -رضي الله عنه-، قال: كنت عند أبي برزة ذات ليلة؛ فدخل علينا الحارث بن أقيش فحدثنا الحارث ليلتئذ أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم – قال: ((إن من أمتي من يعظم للنار؛ حتى يكون أحد زواياها)).[ه، ((الضعيفة)) (3823)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Qais RA berkata: Aku berada di sisi Abi Barzah pada suatu malam, lalu masuk kepada kami al-Harith bin Aqyash lalu al-Harith menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Ada dalam kalangan umatku yang akan membesar dalam neraka, sehingga dia menjadi salah satu bucunya.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4823]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.