Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Ada apa dengan kaum-kaum yang berbual, lalu apabila mereka nampak seorang lelaki daripada ahli keluargaku mereka memutuskan perbualan mereka?

Teks Bahasa Arab

ما بالُ أقوامٍ يتحدثونَ، فإذا رأَوُا الرجلَ من أهلِ بيتي قطعُوا حديثَهُم ؟ واللهِ ! لا يدخلُ قلبَ رجلٍ الإيمانُ حتى يحبَّهُم للهِ ولقرابتهِم منِّي.

Teks Bahasa Melayu

Ada apa dengan kaum-kaum yang berbual, lalu apabila mereka nampak seorang lelaki daripada ahli keluargaku mereka memutuskan perbualan mereka? Demi Allah tidak masuk iman ke kalbu seorang lelaki sehingga kecintaan mereka kepada Allah dan kepada kaum kerabat mereka daripadaku.

Sahabat Perawi

  1. al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1853, hadis no. 9357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن العباس بن عبد المطلب -رضي الله عنه -، قال: كنا نلقى النفر من قريش وهم يتحدثون، فيقطعون حديثهم، فذكرنا ذلك لرسول الله ﷺ، فقال: ((ما بالُ أقوامٍ يتحدثونَ، فإذا رأَوُا الرجلَ من أهلِ بيتي قطعُوا حديثَهُم ؟ واللهِ ! لا يدخلُ قلبَ رجلٍ الإيمانُ حتى يحبَّهُم للهِ ولقرابتهِم منِّي)). [هـ، ((الضعيفة))، (4430)].

(Lemah) Daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib RA, beliau berkata: Kami pernah bertemu dengan beberapa orang daripada kaum Quraish dan ketika itu mereka sedang berbual. Lalu mereka memutuskan perbualan mereka, lantas kami sebutkan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda: Ada apa dengan kaum-kaum yang berbual, lalu apabila mereka nampak seorang lelaki daripada ahli keluargaku mereka memutuskan perbualan mereka? Demi Allah tidak masuk iman ke kalbu seorang lelaki sehingga kecintaan mereka kepada Allah dan kepada kaum kerabat mereka daripadaku. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4430].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.