Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبُو سُفْيانَ بْنُ الْحارثِ سيِّدُ فِتْيَانِ أهْلِ الجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Abu Sufyan bin al-Harith ialah ketua pemuda ahli syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Urwah bin al-Zubair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis no. 9060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عروة بن الزبير، قال: قال رسول الله ﷺ: أبو سفيان بن الحارث سيد فتيان أهل الجنة. [ابن سعد، ك، ((الضعيفة)) (1743)]
(Lemah) Daripada ‘Urwah bin Al-Zubair berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Abu Sufyan bin al-Harith ialah ketua pemuda ahli syurga." [Riwayat Ibn Sa’d dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1743]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman