Abu Razin berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perjalananku ini akan melalui perkuburan, adakah ada ucapan yang perlu aku baca ketika aku melalui mereka?

TEKS BAHASA ARAB

إذا مررت عليهم (يعني أهل القبور) فقل: السلام عليكم يا أهل القبور من المسلمين والمؤمنين، أنتم لنا سلف، ونحن لكم تبع، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون. فقال أبو رزين: يا رسول الله ويسمعون؟ قال: ويسمعون، ولكن لا يستطيعون أن يجيبوا، أولا ترضى يا أبا رزين أن يرد عليك [بعددهم من] الملائكة؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Razin berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perjalananku ini akan melalui perkuburan, adakah ada ucapan yang perlu aku baca ketika aku melalui mereka? Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu melalui mereka, katakanlah: Assalamualaikum wahai ahli kubur daripada kalangan orang islam dan beriman, kamu semua telah mendahului kami dan kami pula akan mengikuti kalian kelak dengan izin Allah. Abu Razin bertanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka mendengar? Baginda menjawab: “Mereka mendengar tetapi mereka tidak mampu untuk menjawab. Tidakkah kamu meredhai Wahai Abu Razin jika ia dijawab oleh sekumpulan malaikat yang sama dengan bilangan mereka?

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722, hadis nombor 8658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال أبو رزين: يا رسول الله: إن طريقي على المقابر، فهل من كلام أتكلم به إذا مررت عليهم؟ قال: ((إذا مررت عليهم (يعني أهل القبور) فقل: السلام عليكم يا أهل القبور من المسلمين والمؤمنين، أنتم لنا سلف، ونحن لكم تبع، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون.)) فقال أبو رزين: يا رسول الله ويسمعون؟ قال: ((ويسمعون، ولكن لا يستطيعون أن يجيبوا، أولا ترضى يا أبا رزين أن يرد عليك [بعددهم من] الملائكة.)) [عق، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (1147، 5225)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Abu Razin berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perjalananku ini akan melalui perkuburan, adakah ada ucapan yang perlu aku baca ketika aku melalui mereka? Rasulullah SAW bersabda: ((Jika kamu melalui mereka, katakanlah: Assalamualaikum wahai ahli kubur daripada kalangan orang islam dan beriman, kamu semua telah mendahului kami dan kami pula akan mengikuti kalian kelak dengan izin Allah.)) Abu Razin bertanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka mendengar? Baginda menjawab: ((Mereka mendengar tetapi mereka tidak mampu untuk menjawab. Tidakkah kamu suka Wahai Abu Razin jika ia dijawab oleh sekumpulan malaikat yang sama dengan bilangan mereka?))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1147, 5225].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs