Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مَرَرْتَ عليهم ( يعني أهلَ القبورِ ) فقُلْ : السلامُ عليكم يا أهلَ القبورِ من المسلمين والمؤمنين، أنتم لنا سَلَفٌ، ونحن لكم تَبَعٌ، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون فقال أبو رَزِينٍ : يا رسولَ اللهِ ويَسْمعون ؟ قال : ويَسْمعون، ولكن لا يستطيعون أن يُجِيبوا، أَوَ لا تَرْضَى يا أبا رَزِينٍ أن يَرُدَّ عليك [ بعددِهِم من ] الملائكةِ؟
Teks Bahasa Melayu
Abu Razin berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perjalananku ini akan melalui perkuburan, adakah ada ucapan yang perlu aku baca ketika aku melalui mereka? Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu melalui mereka, katakanlah: Assalamualaikum wahai ahli kubur daripada kalangan orang islam dan beriman, kamu semua telah mendahului kami dan kami pula akan mengikuti kalian kelak dengan izin Allah. Abu Razin bertanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka mendengar? Baginda menjawab: “Mereka mendengar tetapi mereka tidak mampu untuk menjawab. Tidakkah kamu meredhai Wahai Abu Razin jika ia dijawab oleh sekumpulan malaikat yang sama dengan bilangan mereka?
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1722, hadis no. 8658. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال أبو رزين: يا رسول الله: إن طريقي على المقابر، فهل من كلام أتكلم به إذا مررت عليهم؟ قال: ((إذا مررت عليهم (يعني أهل القبور) فقل: السلام عليكم يا أهل القبور من المسلمين والمؤمنين، أنتم لنا سلف، ونحن لكم تبع، وإنا إن شاء الله بكم لاحقون.)) فقال أبو رزين: يا رسول الله ويسمعون؟ قال: ((ويسمعون، ولكن لا يستطيعون أن يجيبوا، أولا ترضى يا أبا رزين أن يرد عليك [بعددهم من] الملائكة.)) [عق، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (1147، 5225)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Abu Razin berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya perjalananku ini akan melalui perkuburan, adakah ada ucapan yang perlu aku baca ketika aku melalui mereka? Rasulullah SAW bersabda: ((Jika kamu melalui mereka, katakanlah: Assalamualaikum wahai ahli kubur daripada kalangan orang islam dan beriman, kamu semua telah mendahului kami dan kami pula akan mengikuti kalian kelak dengan izin Allah.)) Abu Razin bertanya: Wahai Rasulullah, adakah mereka mendengar? Baginda menjawab: ((Mereka mendengar tetapi mereka tidak mampu untuk menjawab. Tidakkah kamu suka Wahai Abu Razin jika ia dijawab oleh sekumpulan malaikat yang sama dengan bilangan mereka?)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1147, 5225].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman