Abu Hurairah telah mendahului dalam mendoakan ilmu yang tidak dilupakan

TEKS BAHASA ARAB

سبقكما بها الدوسي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis nombor 6475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن محمد بن قيس بن مخرمة، قال: إن رجلاً جاء زيد بن ثابت، فسأله عن شيء، فقال له زيد: عليك بأبي هريرة؛ فإنه بينا أنا وأبو هريرة وفلان في المسجد ذات يوم ندعوا الله تعالى ونذكر ربنا؛ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى جلس إلينا، قال: فجلس وسكتنا، فقال: عودوا للذي كنتم فيه. قال زيد: فدعوت أنا وصاحبي قبل أبي هريرة، وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يؤمن على دعائنا، قال: ثم دعا أبو هريرة فقال: اللهم! إني أسألك مثل الذي سأل صاحباي هذان، وأسألك علماً لا ينسى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: آمين، فقلنا: يا رسول الله! ونحن نسأل الله علماً لا ينسى. فقال: سبقكما بها الدوسي.
[ك، ((الضعيفة)) (3848)].

(Lemah)
Daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah berkata: Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Zaid bin Thabit lalu beliau bertanya tentang satu perkara, Zaid pun berkata kepada lelaki itu: Kamu perlu menemui Abu Hurairah, kerana ketika aku, Abu Hurairah dan si fulan berada dalam masjid pada suatu hari, kami sedang berdoa dan berzikir kepada Allah. Rasulullah SAW pun keluar menemui kami dan baginda duduk menghadap kami, Zaid berkata: Baginda duduk lalu kami pun diam. Baginda pun bersabda: Ulangilah apa yang telah kamu lakukan tadi. Zaid berkata: Aku dan sahabatku pun berdoa sebelum Abu Hurairah, Rasulullah SAW pun mengaminkan doa kami. Zaid berkata: Kemudian Abu Hurairah pun berdoa, katanya: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu seperti yang telah diminta oleh dua sahabatku ini dan aku meminta kepada-Mu ilmu yang tidak dilupakan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Amin. Kami pun berkata: Wahai Rasulullah! Kami berdua pun mahu meminta kepada Allah ilmu yang tidak dilupakan. Jawab baginda: Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua.
[Riwayat Mustadrak al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3848]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs