Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَبَقَكُما بها الدَّوْسِيُّ.
Teks Bahasa Melayu
Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1266, hadis no. 6475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah berkata: Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Zaid bin Thabit lalu beliau bertanya tentang satu perkara, Zaid pun berkata kepada lelaki itu: Kamu perlu menemui Abu Hurairah, kerana ketika aku, Abu Hurairah dan si fulan berada dalam masjid pada suatu hari, kami sedang berdoa dan berzikir kepada Allah. Rasulullah SAW pun keluar menemui kami dan baginda duduk menghadap kami, Zaid berkata: Baginda duduk lalu kami pun diam. Baginda pun bersabda: Ulangilah apa yang telah kamu lakukan tadi. Zaid berkata: Aku dan sahabatku pun berdoa sebelum Abu Hurairah, Rasulullah SAW pun mengaminkan doa kami. Zaid berkata: Kemudian Abu Hurairah pun berdoa, katanya: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu seperti yang telah diminta oleh dua sahabatku ini dan aku meminta kepada-Mu ilmu yang tidak dilupakan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Amin. Kami pun berkata: Wahai Rasulullah! Kami berdua pun mahu meminta kepada Allah ilmu yang tidak dilupakan. Jawab baginda: Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua. [Riwayat Mustadrak al-Ḥākim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3848]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman