Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Abu Hurairah melihat seorang lelaki lalu merasa hairan dengan keadaannya

Teks Bahasa Arab

حديث: أنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَأَى رَجُلا فَأَعْجَبَتْهُ هَيْئَتُهُ. فَقَالَ: مِمَّنْ أَنْتَ؟ قَالَ: مِنَ النَّبَطِ قَالَ: تَنَحَّ عَنِّي، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قتلة الأنبياء وأعوان الطلمة، فَإِذَا اتَّخَذُوا الرِّبَاعَ وَشَيَّدُوا الْبُنْيَانَ فَالْهَرَبَ الْهَرَبَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Abu Hurairah melihat seorang lelaki lalu merasa hairan dengan keadaannya. Beliau berkata: Dari siapakah kamu? Dia berkata: Daripada al-Nabat (Nabatean). Beliau berkata: Jauhkan dirimu daripadaku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: (Kalian) membunuh para nabi dan penolong kepada kezaliman, jika mereka mengambil kedudukan dan membangunkan binaan, maka larikan diri, larikan diri.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 416, hadis no. 176. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: عبد الرحمن بن مالك بن مغول قال أبو داود: كذاب يضع الحديث.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Abd al-Rahman bin Malik bin Mighwal. Abu Daud berkata: Dia adalah seorang pendusta yang memalsukan hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.