Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Abu Hurairah ditanya berkenaan sifat Nabi SAW

Teks Bahasa Arab

سُئِلَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ صِفَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ صِفَةً وَأَجْمَلَهَا، كَانَ رَبْعَةً إِلَى الطُّولِ مَا هُوَ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ المَنْكِبَيْنِ، أَسِيلُ الخَدَّيْنِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، أَكْحَلُ العينينِ، أَهْدَبُ [الأَشْفَارِِ]، إِذَا وَطِئَ بِقَدَمِهِ وَطِئَ بِكُلِّهَا، لَيْسَ لَهْ أَخْمَصٌ، إِذَا وَضَعَ رِدَاءَه عَنْ مَنْكِبَيْهِ فَكَأَنَّهُ سَبِيكَةُ فِضَّةٍ، وَإذَا ضَحِكَ يَتلأْلأُ.

Teks Bahasa Melayu

Abu Hurairah ditanya berkenaan sifat Nabi SAW, maka beliau menjawab: Baginda ialah manusia yang paling elok dan indah sifatnya. Tinggi Baginda sedang-sedang sahaja, dada Baginda luas, pipi Baginda tidak terlalu tinggi, rambut Baginda hitam pekat, mata Baginda bercelak, bulu mata Baginda panjang. Apabila Baginda menapak dengan kaki Baginda, Baginda menapak dengan sepenuh kaki, tiada lekuk pada kaki Baginda. Apabila Baginda meletakkan kain rida' (selendang) dari atas bahu Baginda, ternampak seperti ketulan perak. Apabila tertawa, terlihat bersinar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051-1052, hadis no. 5376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بتمامه) عن الزهري قال: سئل أبو هريرة عن صفة النبي صلى الله عليه وسلم فقال: كان أحسن الناس صفة وأجملها كان ربعة إلى الطول ما هو بعيد ما بين المنكبين أسيل الخدين شديد سواد الشعر أكحل العينين أهدب الأشفار إذا وطىء بقدمه وطىء بكلها ليس له أخمص إذا وضع رداءه عن منكبيه فكأنه سبيكة فضة وإذا ضحك يتلألأ. [البيهقي في دلائل النبوة، الضعيفة (4161)]

[Lemah dengan teks matan yang lengkap] Daripada al-Zuhri, beliau menceritakan bahawa Abu Hurairah ditanya berkenaan sifat Nabi SAW, maka beliau menjawab: Baginda ialah manusia yang paling elok dan indah sifatnya. Tinggi Baginda sedang-sedang sahaja, dada Baginda luas, pipi Baginda tidak terlalu tinggi, rambut Baginda hitam pekat, mata Baginda bercelak, bulu mata Baginda panjang. Apabila Baginda menapak dengan kaki Baginda, Baginda menapak dengan sepenuh kaki, tiada lekuk pada kaki Baginda. Apabila Baginda meletakkan kain rida' (selendang) dari atas bahu Baginda, ternampak seperti ketulan perak. Apabila tertawa, terlihat bersinar. [Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4161]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.