Abu Bakr RA telah menginfakkan apa yang dia ada

TEKS BAHASA ARAB

أنفق أبو بكر -رضي الله عنه- ما معه حتى تخلل بالعباءة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Bakr RA telah menginfakkan apa yang dia ada, sehingga dia (terpaksa) melubang-lubangkan pada kain kelubung.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 20, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس واردا هكذا. ومعناه ثابت، لقوله -صلى الله عليه وسلم-: "واساني بنفسه وماله".
وقوله -صلى الله عليه وسلم-: "ما أبقيت لأهلك؟". قال: أبقيت لهم الله ورسوله. وأسلم، وله أربعون ألفا، فأنفقها في سبيل الله. وقالت عائشة -رضي الله عنها-: ما ترك دينارا ولا درهما:
وجاء أنه رافق عمرو بن العاص في سفر، فكان ينيم عمروا على فراشه، ويكسيه كساءه. وكان عنده عباءة، إذا نزل بسطها. وإذا ركب لبسها. ثم شكها عليه بخلال له.

Tidak warid lafaz sedemikian. Namun maksudnya thabit, kerana sabda Baginda SAW: "Dia telah menenangkan aku dengan diri dan hartanya".
Juga sabda Baginda SAW: "Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?". Dia berkata: "Aku tinggalkan untuk mereka, Allah dan Rasul-Nya". Ketika beliau memeluk Islam, dia memiliki empat puluh ribu, lalu beliau membelanjanya pada jalan Allah. Berkata ‘Aishah RA: "Beliau tidak meninggalkan satu dinar atau satu dirham pun".
Telah datang (kisah), bahawa beliau menemani ‘Amr bin al-‘As dalam satu perjalanan. Lalu beliau telah menidurkan ‘Amr di atas hamparan beliau, dan beliau menyelimutkannya dengan selimut beliau. Dan beliau dahulu ada sehelai kain kelubung. Apabila beliau turun (dari kenderaan) maka beliau akan menghamparkannya. Apabila beliau menunggang, beliau akan memakainya. Kemudian beliau mengumpulkan hujungnya pada badan beliau dengan cebisan kayu yang beliau ada.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs