Abu Bakr AS disambut baik oleh semua penghuni syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يدخل الجنة رجل؛ فلا يبقى أهل دار، ولا أهل غرفة إلا قالوا: مرحباً [مرحبا]، إلينا [إلينا]. فقال أبو بكر: يا رسول الله! ما توى على [هذا] الرجل في ذلك اليوم. قال: أجل، وأنت هو يا أبا بكر!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki masuk ke dalam syurga; lalu semua penghuni rumah mahupun penghuni bilik mereka berkata: Selamat datang, datanglah kepada kami. Lalu Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada kerugian bagi lelaki ini pada hari tersebut. Baginda bersabda: Sudah tentu, engkaulah orang itu wahai Abu Bakr.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706 – 707, hadis nombor 3614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: يدخل الجنة رجل؛ فلا يبقى أهل دار، ولا أهل غرفة إلا قالوا: مرحباً [مرحبا]، إلينا [إلينا]. فقال أبو بكر: يا رسول الله! ما توى على [هذا] الرجل في ذلك اليوم. قال: أجل، وأنت هو يا أبا بكر!.
[حب، طب، طس، عد، ((الضعيفة)) (6933)].

(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Baginda SAW bersabda: Seorang lelaki masuk ke dalam syurga; lalu semua penghuni rumah mahupun penghuni bilik mereka berkata: Selamat datang, datanglah kepada kami. Lalu Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada kerugian bagi lelaki ini pada hari tersebut. Baginda bersabda: Sudah tentu, engkaulah orang itu wahai Abu Bakr.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6933].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.