Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يدخلُ الجنةَ رجلٌ؛ فلا يَبقى أهلُ دارٍ، ولا أهلُ غرفةٍ إلا قالوا: مرحبًا [مرحبًا]، إلينا [إلينا]. فقال أبو بكرٍ: يا رسولَ اللهِ ما توَّى على [هذا] الرجلِ في ذلكَ اليومِ. قال : أَجَلْ، وأنتَ هو يا أبا بكرٍ!.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki masuk ke dalam syurga; lalu semua penghuni rumah mahupun penghuni bilik mereka berkata: Selamat datang, datanglah kepada kami. Lalu Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada kerugian bagi lelaki ini pada hari tersebut. Baginda bersabda: Sudah tentu, engkaulah orang itu wahai Abu Bakr.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 706 - 707, hadis no. 3614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: يدخل الجنة رجل؛ فلا يبقى أهل دار، ولا أهل غرفة إلا قالوا: مرحباً [مرحبا]، إلينا [إلينا]. فقال أبو بكر: يا رسول الله! ما توى على [هذا] الرجل في ذلك اليوم. قال: أجل، وأنت هو يا أبا بكر!. [حب، طب، طس، عد، ((الضعيفة)) (6933)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Baginda SAW bersabda: Seorang lelaki masuk ke dalam syurga; lalu semua penghuni rumah mahupun penghuni bilik mereka berkata: Selamat datang, datanglah kepada kami. Lalu Abu Bakar berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada kerugian bagi lelaki ini pada hari tersebut. Baginda bersabda: Sudah tentu, engkaulah orang itu wahai Abu Bakr. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Sahih, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6933].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman