Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Abu Bakr adalah manusia yang terbaik, kecuali Nabi

Teks Bahasa Arab

أَبُو بَكْرٍ خَيْرُ النَّاس إلَاّ أنْ يَكُونَ نَبِيٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Abu Bakr adalah manusia yang terbaik, kecuali Nabi (maksudnya Abu Bakar lebih baik daripada manusia yang bukan Nabi).

Sahabat Perawi

  1. Salamah bin al-Akwa' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 6, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Al-Zahabi berkata pada biografi Isma'il bin Abi Ziyad: "Sesungguhnya ia palsu".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.