Classification icon

Tiada Asal Baginya Secara Marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Abu Bakar tidak mendahului kalian dengan banyak berpuasa dan solat

Teks Bahasa Arab

ما فضَّلَكم أبو بكرٍ بكثرةِ صيامٍ ولا صلاةٍ، ولكنْ بشيءٍ وقَرَ في صدرِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Abu Bakar tidak mendahului kalian dengan banyak berpuasa dan solat tetapi dengan sesuatu yang tetap di dadanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada Asal Baginya Secara Marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1788, hadis no. 9007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا) «ما فضلكم أبو بكر بكثرة صيام ولا صلاة، ولكن بشيء وقر في صدره». [الضعيفة (962)].

(Tiada Asal Baginya Secara Marfu') Nabi SAW bersabda: “Abu Bakar tidak mendahului kalian dengan banyak berpuasa dan solat tetapi dengan sesuatu yang tetap di dadanya.” [Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 962]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.