Abu Bakar RA telah datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku mempelajari al-Quran tetapi ia pergi daripadaku (luput hafalanku)

TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسى نجيك، وعيسى روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور داود، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قضاء قضيته، أو سائل أعطيته. . . – الحديث؛ وفيه: – أن ترزقني القرآن والعلم. . الحديَثَ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Katakanlah: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan (berkat) Muhammad nabi-Mu, Ibrahim kekasih-Mu, Musa hamba pilihan-Mu, Isa roh-Mu dan kalimah-Mu, dengan kitab Musa, kitab Injil Isa, kitab Zabur Daud, kitab Furqan Muhammad, dengan setiap wahyu yang Engkau berikan atau ketentuan yang Engkau tentukan atau yang memohon Engkau tunaikan.” …perincian hadis. Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis: "agar aku direzekikan al-Quran dan ilmu." Hadith.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis nombor 7786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن هارون بن عنترة، قال: إن أبا بكر أتى النبي – صلى الله عليه وسلم- فقال: إني أتعلم القرآن فينفلت مني؟ فقال: ((قل: اَللَّهُمَّ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسى نجيك، وعيسى روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور دَاوِد، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قَضَاء قضيته، أو سَائِل أعطيته. . . – الحديث؛ وفيه: – أن ترزقني اَلْقُرْآن والعلم. ..الحديث)). [فر، الضعيفة)) (5987)].

(Palsu)
Daripada Harun bin ‘Antarah berkata: Sesungguhnya Abu Bakar RA telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku mempelajari al-Quran tetapi ia pergi daripadaku (luput dari ingatanku). Baginda bersabda: ((Katakanlah: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan (berkat) Muhammad nabi-Mu, Ibrahim kekasih-Mu, Musa hamba pilihan-Mu, Isa roh-Mu dan kalimah-Mu, dengan kitab Musa, kitab Injil Isa, kitab Zabur Daud, kitab Furqan Muhammad, dengan setiap wahyu yang Engkau berikan atau ketentuan yang Engkau tentukan atau yang memohon Engkau tunaikan.” …perincian hadis. Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis: "agar aku direzekikan al-Quran dan ilmu." Hadith.))
[Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5987].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.