Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قلِ : اللَّهمَّ ! إني أسألُكَ بمحمَّدٍ نبيِّكَ، وإبراهيمَ خليلِكَ، وموسَى نجيِّكَ، وعيسَى روحكَ وكلمَتكَ، وبكتابِ موسَى، وإنجيلِ عيسَى، وزَبورِ داودَ، وفُرقانِ مُحمَّدٍ، وبكلِّ وحيٍ أوحيتَهُ، أو قضاءٍ قضيتَهُ، أو سائلٍ أعطيتَهُ . . – الحديثَ؛ وفيهِ: -أن ترزُقَني القُرآنَ والعِلمَ...الحديَثَ.
Teks Bahasa Melayu
Katakanlah: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan (berkat) Muhammad nabi-Mu, Ibrahim kekasih-Mu, Musa hamba pilihan-Mu, Isa roh-Mu dan kalimah-Mu, dengan kitab Musa, kitab Injil Isa, kitab Zabur Daud, kitab Furqan Muhammad, dengan setiap wahyu yang Engkau berikan atau ketentuan yang Engkau tentukan atau yang memohon Engkau tunaikan.” ...perincian hadis. Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis: "agar aku direzekikan al-Quran dan ilmu." Hadith.
Sahabat Perawi
- Harun bin ‘Antarah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis no. 7786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Harun bin ‘Antarah berkata: Sesungguhnya Abu Bakar RA telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya aku mempelajari al-Quran tetapi ia pergi daripadaku (luput dari ingatanku). Baginda bersabda: ((Katakanlah: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan (berkat) Muhammad nabi-Mu, Ibrahim kekasih-Mu, Musa hamba pilihan-Mu, Isa roh-Mu dan kalimah-Mu, dengan kitab Musa, kitab Injil Isa, kitab Zabur Daud, kitab Furqan Muhammad, dengan setiap wahyu yang Engkau berikan atau ketentuan yang Engkau tentukan atau yang memohon Engkau tunaikan.” ...perincian hadis. Kemudian disebutkan lagi di dalam hadis: "agar aku direzekikan al-Quran dan ilmu." Hadith.)) [Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5987].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman