TEKS BAHASA ARAB
إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Abu Bakar mentakwil mimpi dan mimpi yang baik adalah sebahagian daripada kenabian.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis nombor 6435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن سمرة بن جندب رضي الله عنه مرفوعا: إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة.
[البزار، طب، ((الضعيفة)) (3271)].
(Munkar)
Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Abu Bakar mentakwil mimpi dan mimpi yang baik adalah sebahagian daripada kenabian.
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3271]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.