Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Abu Bakar mentakwil mimpi dan mimpi yang baik adalah sebahagian daripada kenabian

Teks Bahasa Arab

إن أبَا بكرٍ يتأوَّلُ الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحةَ حظٌ من النبوةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Abu Bakar mentakwil mimpi dan mimpi yang baik adalah sebahagian daripada kenabian.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis no. 6435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سمرة بن جندب رضي الله عنه مرفوعا: إن أبا بكر يتأول الرؤيا، وإن الرؤيا الصالحة حظ من النبوة. [البزار، طب، ((الضعيفة)) (3271)].

(Munkar) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Abu Bakar mentakwil mimpi dan mimpi yang baik adalah sebahagian daripada kenabian. [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3271]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.