TEKS BAHASA ARAB
أبو بكر خير الناس، إلا أن يكون نبيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Abu Bakar itu manusia yang paling terbaik melainkan dia bukan seorang nabi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis nombor 9057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمة بن الأكوع -رضي الله عنه- مرفوعا: أبو بكر خير الناس، إلا أن يكون نبيا . [ابو نعيم في (أخبار أصبهان)، فر، ((الضعيفة)) (1676)]
(Palsu) Daripada Salamah bin al-‘Akwa’ RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Abu Bakar itu manusia yang paling terbaik melainkan dia bukan seorang nabi." [Riwayata Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1676]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.