Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبو بكرٍ خيرُ الناسِ، إلا أن يكونَ نبيًّا.
Teks Bahasa Melayu
Abu Bakar itu manusia yang paling terbaik melainkan dia bukan seorang nabi.
Sahabat Perawi
- Salamah bin al-‘Akwa’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis no. 9057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمة بن الأكوع -رضي الله عنه- مرفوعا: أبو بكر خير الناس، إلا أن يكون نبيا . [ابو نعيم في (أخبار أصبهان)، فر، ((الضعيفة)) (1676)]
(Palsu) Daripada Salamah bin al-‘Akwa’ RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Abu Bakar itu manusia yang paling terbaik melainkan dia bukan seorang nabi." [Riwayata Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1676]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman