Abu Bakar ialah sahabatku dan teman hatiku di dalam gua

TEKS BAHASA ARAB

أبو بكر صاحبي ومؤنسي في الغار، سدوا كل خوخة في المسجد إلا خوخة أبي بكر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Bakar ialah sahabatku dan teman hatiku di dalam gua. Tutuplah semua pintu masjid kecuali pintu Abu Bakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis nombor 9107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بلفظ (مؤنسي)) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أبو بكر صاحبي ومؤنسي في الغار، سدوا كل خوخة في المسجد إلا خوخة أبي بكر)). [حل، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2084)]

(Palsu dengan lafaz ‘teman hatiku’ (مؤنسي)) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Abu Bakar ialah sahabatku dan teman hatiku di dalam gua. Tutuplah semua pintu masjid kecuali pintu Abu Bakar." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2084]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs