Palsu Dengan Lafaz "teman hatiku"
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبو بكرٍ صاحِبِي ومُؤْنِسِي في الغارِ، سُدُّوا كلَّ خَوْخَةٍ في المسجدِ إلا خَوْخَةَ أبي بكرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Abu Bakar ialah sahabatku dan teman hatiku di dalam gua. Tutuplah semua pintu masjid kecuali pintu Abu Bakar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz "teman hatiku"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis no. 9107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بلفظ (مؤنسي)) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((أبو بكر صاحبي ومؤنسي في الغار، سدوا كل خوخة في المسجد إلا خوخة أبي بكر)). [حل، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2084)]
(Palsu Dengan Lafaz "teman hatiku") Daripada Ibn Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Abu Bakar ialah sahabatku dan teman hatiku di dalam gua. Tutuplah semua pintu masjid kecuali pintu Abu Bakar." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2084]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman