Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Abu Bakar dan 'Umar sebaik-baik golongan yang terawal

Teks Bahasa Arab

أبُو بكرٍ وعمرُ خيرُ الأوَّلينَ ، وخيرُ الآخِرينَ ، وخيرُ أهلِ السَّماواتِ ، وخيرُ أهلِ الأرضِ ، إلَّا النَّبِيِّينَ والمُرْسلِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Abu Bakar dan 'Umar sebaik-baik golongan yang terawal, golongan terkemudian, penduduk langit dan penduduk bumi, kecuali (mereka bukan) dari kalangan para nabi dan rasul.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1798, hadis no. 9058. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله ﷺ: أبو بكر وعمر خير الأولين، وخير الآخرين، وخير أهل السماوات، وخير أهل الأرض، إلا النبيين والمرسلين. [عد، خط، ((الضعيفة)) (1742)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Abu Bakar dan 'Umar sebaik-baik golongan yang terawal, golongan terkemudian, penduduk langit dan penduduk bumi, kecuali (mereka bukan) dari kalangan para nabi dan rasul." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1742]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.