Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Abu Bakar adalah orang yang paling mantap dan paling pengasih dalam kalangan umatku

Teks Bahasa Arab

حديث: أَبُو بَكْرٍ أَوْزَنُ أُمَّتِي، وَأَرْحَمُهَا، وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ خَيْرُ أُمَّتِي وَأَكْمَلُهَا، وَعُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ أَحْيَى أُمَّتِي وَأَعْدَلُهَا، وَعَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ وَلِيُّ أُمَّتِي وَأَوْسَمُهَا، وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ أَمِينُ أُمَّتِي وأوصلها، وأبو ذر أزهذ أُمَّتِي وَأَرَقُّهَا، وَأَبُو الدَّرْدَاءِ أَعْدَلُ أُمَّتِي وَأَرْحَمُهَا، وَمُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سفيان أحلم أمتي وأجودها.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Abu Bakr adalah orang yang paling mantap dan paling pengasih dalam kalangan umatku. Umar bin al-Khattab pula adalah orang yang paling baik dan paling sempurna dalam kalangan umatku. Uthman bin Affan pula adalah orang yang paling malu dan orang yang paling adil dalam kalangan umatku. Ali bin Abu Talib pula adalah pelindung umatku dan yang paling tampan dalam kalangan mereka. Abdullah bin Mas’ud pula ada adalah yang amanah dalam umatku dan paling suka menghubungkan silaturahim dalam kalangan mereka. Abu Zar pula adalah orang yang paling zuhud dalam umatku dan yang paling lembut dalam kalangan mereka. Abu al-Darda’ pula adalah orang yang paling adil dan orang yang paling lemah lembut dalam kalangan mereka. Muawiyah bin Abu Sufian pula adalah orang yang paling sabar dan orang yang paling pemurah dalam kalangan umatku.

Sahabat Perawi

  1. Syaddad bin Aus RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 409-410, hadis no. 161. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن شداد بن أوس مرفوعا. وقال: لا يتابع بشير بن زاذان على هذا الحديث: ولا يعرف إلا به، وقال ابن الجوزي: فيه مجروحون والمتهم به بشير. قال في اللآلىء راويا عن اللسان لابن حجر. قال ابن أبي حاتم: سألت أبي عنه. فقال: صالح الحديث.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Syaddad bin Aus secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Basyir bin Zadan tidak dijadikan riwayat sokongan untuk hadith ini. Ia tidak dikenali melainkan dengan hadith ini. Ibn al-Jauzi berkata: Padanya ada orang-orang yang dikritik dan orang yang dituduh padanya adalah Basyir. Dia berkata dalam al-Laali’ seorang perawi dalam al-Lisan oleh Ibn Hajar. Ibn Abi Hatim berkata: Aku bertanya ayahku tentang dia. Lalu ayahku berkata: Dia soleh al-hadith (baik hadithnya).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.