Abu Bakar adalah menteriku yang melaksanakan tanggungjawab umatku selepas aku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أبو بكر وزيري، والقائم في أمتي من بعدي، عمر: حبيبي ينطق على لساني، وأنا من عثمان وعثمان مني، وعلي أخي وصاحب لوائي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Abu Bakr adalah menteriku yang melaksanakan tanggungjawab umatku selepasku. Umar Kekasihku berbicara dengan lisanku. Aku daripada Uthman dan Uthman daripadaku. Ali adalah saudaraku dan pemegang panjiku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 386, hadis nombor 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، وابن حبان عن جابر مرفوعا، وفي إسناده: كادح بن رحمة، والحسن بن أبي جعفر، وهما متروكان. والحديث موضوع. وقد أخرجه أبو نعيم في فضائل الصحابة، وابن النجار وآخرون.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi dan Ibn Hibban daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Kadih bin Rahmah, al-Hasan bin Abu Jaafar, kedua-duanya adalah matruk (ditinggalkan riwayatnya). Hadith ini palsu. Diriwayatkan juga oleh Abu Nu’aim dalam Fadhail al-Sahabah, Ibn al-Najjar dan selain mereka.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.